BAB 2

2 tahun yang lalu
Hujan renyai – renyai , Aleisya masih lagi dengan baju kurung cotton nya yang basah itu . dek terkena air hujan tudung nya juga turut basah kuyup . Aleisya berkira – kira untuk beredar dari situ . tapi malang tidak berbau . ade sekumpulan mamat motor menghalang laluan Aleisya . Aleisya apa lagi, mengamuk sakan lah dia . ‘ apa ke hal mamat nih ? tiba – tiba halang laluan aku, nak kata aku ada hutang tak ada . menyemak betul lah . ‘ terkumat – kamit mulut Aleisya menahan marah .
Salah seorang mamat motor itu berbicara “hai cik adik ! amboi seksi nya .nak kemana ni . meh abang hantar kan .” yang lain – lain hanya ketawa riang. ‘ macam tu pun kelakar ke ? ape yang seksi sangat nih . ‘ Aleisya terus tunduk ke bawah . mata nya tiba – tiba saja terbuka luas .lagaknya sama macam ternampak hantu . nafas nya turun naik , Aleisya sudah tidak betah untuk berdiri di situ lagi . yang ada di benaknya sekarang ini hanya lah lari . lari untuk menyelamatkan diri . belum sempat Aleisya ingin meneruskan niat nya , salah seorang mamat motor itu sudah pun memegang tangannya, menarik kasar lengan baju kurungnya itu. Maka terkoyak lah baju Aleisya , terserlah keputihan kulit Aleisya,hal itu menyebabkan nafsu lelaki itu makin kuat .Aleisya tergamam , tanpa berfikir panjang Aleisya menggunakan kesemua tenaganya untuk melarikan diri . dia tidak lagi toleh kebelakang yang dia buat hanyalah lari selaju mungkin. Tiba – tiba Aleisya rasa diri nya bagai di awang – awangan . Aleisya jatuh tersungkur di hadapan sebuah kereta mewah . kepala nya terasa berpinar – pinar . matanya pula makin kabur. ‘ape yang terjadi ni , aku tak mahu mati lagi . aku perlu mencari mak long . mak saudara yang sudi menjaga ku selama ni . mak long tolong Eisya .’ Makhluk di dalam kereta mewah itu terkejut `monkey` apabila dia terlihat satu kelibat yang melanggar babynya itu ..
“Sapa pula yang melanggar baby aku ni ? ni buat aku marah besar ni .” ngomel Haikal sendirian . baginya kereta itu adalah buah hati pengarang jantungnya . tidak pernah di sentuh ini kan pula di langgar begitu sekali . “ kurang ajar ! pehal minah ni tidur dekat sini .? macam tak ada tempat lain yang kau boleh tidur . oiiii minah! Yang kau pergi langgar baby aku ni apehal ? kau tak ada otak erkk . ? bangun lah oii. Jangan buat – buat tidur pula. Aku tahu kau yang langgar baby aku tadi . oii ! aku cakap ni.. jawab lah perempuan .” Haikal kehairanan kenapa perempuan di depan nya masih tidak bergerak . sudah mati kah dia . soalan itu yang tertanya – tanya di benak Haikal . tiba – tiba Haikal terpandang sejenis cecair . “apa benda pula ni ?” Haikal menyentuh cecair tersebut , tidak sewenang – wenangnya dengan pantas Haikal mengangkat perempuan itu dan memasukkan nya kedalam babynya itu . ‘ tak boleh jadi ni . macam mana perempuan ni boleh berdarah . rasanya tidak lah teruk dia melanggar baby aku tadi . arghhhh !! macam mana ni. Sabar Kal , sabar .. sekarang nih kau kena bawa budak ni balik rumah kau dulu . biar along yang check dia .’ tangan Haikal menggigil ketakutan , kejadian ini tidak pernah berlaku selama dia memandu. Kalau lah pihak polis tahu mengenai hal ini sudah pasti lesen memandunya akan di gantung, macam mana dia nak teruskan hidup tanpa babynya yang tersayang .
“ mama ,, ooo mama” Haikal melaung nama mama nya sekuat hati . Haikal terkedu tanpa kata apabila dia melihat perempuan itu bangun sendirian . “ oii perempuan , kau nak pergi mana ni? tunggu dulu . kau cedera ni .nak mampus kalau polis Nampak .nanti dia tangkap aku .” jerit Haikal. Aleisya yang terdengar suara itu terus menoleh kebelakang . kerana tindakkan drastiknya itu Aleisya hampir – hampir jatuh , nasib baik lah Haikal sempat menyambutnya . mereka saling berpandangan bagai ada arus yang mengalir dalam diri masing – masing .keadaan itu berterusan dalam 1 minit.masing – masing tergamam . tiba – tiba Aleisya pengsan tidak sedarkan diri lagi ..
“mama , tolong Kal mama” .. laung Haikal lagi . dia mengangkat Aleisya dan membaringkannya  di atas sofa . setelah puas Haikal memanggil mamanya , mamanya muncul membawa segelas air pada Haikal . mama nya terkejut sampaikan gelas di tangan nya jatuh berderai .“masyaallah ! apa kena dengan kamu ni Haikal ? anak sapa pula yang kamu bawa ni ? YA ALLAH berdarah ni Haikal .. kamu langgar dia ke ? mama nak sekarang ni kamu call along . call sekarang ..” mama nya segera memberi arahan . tapi Haikal masih lagi tidak berganjak . dia hanya berdiri dan menatap wajah Aleisya . terdetik juga di hatinya ‘ lawa juga perempuan ni ‘
“Haikal ! kamu dengar tak apa yang mama cakap ni. ? pergi call abang kamu sekarang . suruh dia balik. Urgent ni.. apa kamu ni . time macam ni boleh pula nak berkhayal . cepat lah . kesian budak ni . elok – elok sikit je . kan teruk plak . lekas lah .” Haikal berlari – lari anak untuk menelefon abang nya . selesai saja call abangnya. Haikal bergegas pula ke dapur, atas arahan mamanya . “Kal cari apa ni ? kalau nak pape minta aja dengan makcik” kata pembantu rumahnya itu. Di rumah, Haikal membiasakan dirinya dengan nama Kal saja . tapi bila mama nya geram dengan Haikal . di sebut juga dengan nama Haikal . “ Kal cari baldi ni makcik .”terang Haikal .. “baldi ?? nak buat ape dengan baldi ni Kal?” Tanya pembantu rumah tersebut . “ tadi ,ade perempuan langgar baby Kal..lepas tu perempuan tu pengsan . so mama suruh Kal ambil air . nak cuci luka perempuan tu .” terang Haikal .. semua orang di dalam vila itu sudah sedia maklum bahawa baby yang di maksudkan oleh Haikal itu adalah kereta sport aston martinnya itu.tiba – tiba saja pembantunya kehairanan . ‘nak buat apa dengan baldi . aishh! Budak ni tak boleh di biarkan.lama – lama botak kepala aku .’ pembantunya terus mengambil mangkuk yang sederhana saiznya dan di isi air . . tidak lama lepas itu di hulurnya pada Haikal . “makcik nape bagi benda ni? Kal nak baldi lah .” bantah Haikal lagi . “ Kal sayang , mama Kal minta air bukannya banyak . yang Kal nak bagi satu baldi tu buat apa . cukup lah satu mangkuk ni saja .dah pergi depan . bawa air ni pada mama Haikal” bila datang bendul si Haikal ni susah juga.Haikal hanya menuruti kata pembantu rumahnya itu . bagi Haikal pembantu rumahnya itu sudah sebahagian dari keluarga mereka. Makan sama – sama , pembantu rumahnya itu tidak di layan seperti orang gaji . tapi di layan seperti seorang ibu . “mama , mama , nah! Ni airnya .” mama nya bertindak sepantas kilat, mama nya menanggalkan tudung Aleisya dan digantikannya dengan tuala di atas kepala Aleisya.
“kamu dah call along ke ? dari tadi lagi kenapa tak sampai – sampai lagi ni ?” bebel mama Haikal.. “kejap lagi sampai lah tu mama. Mungkin along sibuk lah tu..” mama Haikal menjeling tajam ke arah Haikal.memandang bagai nak di telan hidup – hidup . “mama kenapa pandang Kal macam tu? Bukan Kal yang salah , minah ni yang tiba – tiba langgar baby Kal..” Haikal masih lagi nak pertahankan dirinya . “jangan nak salahkan orang , ni mesti kamu drive laju kan ? kalau tidak tentu takkan langgar budak ni. Kamu nak mama report kat papa ke ? dan satu lagi . tak logik kan yang budak nih langgar baby kamu tu. Mesti lah kamu yang langgar dia.” Haikal hanya membatu , bukan tidak mampu untuk menjawabnya tapi malas untuk bergaduh dengan mamanya.
Kedengaran enjin kereta di luar rumah .Haikal bergegas membuka pintu . belum sempat abangnya membuang kasut , Haikal terlebih dahulu membuang kasut abangnya. “ kenapa dengan kamu ni Kal ?” tanpa jawapan Haikal menarik tangan abangnya . “ astafirulllahhalaazim. Apa dah jadi ni ? kenapa ni ?” alongnya kebingungan .tanpa membuang masa alongnya merawat luka di kepala Aleisya itu .
“cerita kat along sekarang , apa yang berlaku ni ? kamu nak polis tangkap kamu ke ?” marah along Haikal padanya . “ bukannya Kal langgar dia . dia yang langgar Kal. Ape along ni main tuduh – tuduh pula. Bukannya Kal ni tak ada otak nak langgar orang . perempuan ni tiba – tiba je melintas depan baby Kal tu . tu nasib baik sikit je.” Hati Haikal tiba – tiba menjadi panas apabila semua ahli keluarganya menuduh dia yang melanggar Aleisya.Sedangkan Aleisya lah yang melanggarnya.
“sudah – sudah, ada baiknya . kamu Haikal pergi naik atas mandi lepas tu turun makan . kamu pun adam . pergi mandi lepas tu turun makan . lepas papa kamu balik nanti baru kita bincang pasal ni . buat masa sekarang tak payah nak bincang lagi .pergi ..” mama mereka segera meleraikan keadaan yang tegang itu . bagi mamanya tidak elok bergaduh begitu walaupun bukan salah anak nya. Mamanya sudah nekad bila saja budak perempuan itu sedar dia akan memohon maaf , dan meminta budak itu menceritakan keadaan sebenar . kerana dia amat – amat yakin yang Haikal takkan langgar orang sesuka hati . tambah – tambah pula dengan baby kesayangan itu . walaupun Haikal anak bongsu, mama dan papanya tidak pernah memanjakan nya. Apetah lagi mengikut semua kehendaknya. Sudah di paksa berpuluh – puluh kali supaya Haikal mengambil alih syarikat papanya itu . tapi ada saja jawapan yang keluar dari mulut Haikal .katanya dia masih belum sedia nak pikul tanggungjawab sebagai ketua. Sedangkan dirnya sendiri dia tak boleh nak disiplinkan . ni kan pula orang lain. Lagilah teruk jadinya. Bila di fikir balik, ada juga logiknya itu. Haikal bukannya tidak pandai dalam menguruskan syarikat , Cuma baginya dia masih terlalu muda. Dia ingin kan kebebasan . bila tua nanti dia pikul lah tanggungjawab tu . 

'JariJemari Menaip Entry , Jangan Lupa LIKE dan FOLLOW =)'

BAB 1

Usah kau pendam apa yang tersirat di hatimu .luahkan lah agar semua orang tahu yang kau tengah berduka ketika ini .pengorbanan bukan yang terbaik dalam hubungan kita. Ku MOHON jangan pernah kau ungkapkan kata perpisahan . sehingga kini aku masih menyayangi mu , hingga nafas ku yang terakhir ..

“Eisya , kenapa berdiri tu . duduk lah dekat sini .. hal yang lepas tu tak usah di kenang lagi . mak long tahu kamu terkilan kan ?”  mak long anas menasihati Aleisya supaya tidak usah di kenang sejarah lampau itu . tapi bagi Aleisya pula ,apa yang terjadi pada diri nya itu adalah salah diri nya sendiri . andai dia tidak melukakan hati Haikal semua ini pasti tidak akan berlaku . dia amat menyesal dengan kebodohannya itu.
“mak long , Eisya ni bodoh kan mak long ? Eisya bodoh sangat sebab Eisya sanggup lukakan hati Kal .. sampaikan Kal tinggal kan Malaysia. Mak long , Eisya menyesal sangat . menyesal sangat mak long . kalau lah masa ni boleh di putar balik . Eisya tentu takkan benarkan semua ni terjadi pada diri Eisya . Eisya tentu takkan lukakan hati Kal ..” mak long anas cuba menenangkan hati Aleisya. Dia tahu anak saudara nya kini amat – amat lah tertekan .
 “ sayang , yang lepas tu biarlah lepas . buat apa kita kenang benda yang dah berlaku . mak long tahu kamu sedih . tapi sedih pun biar lah berpada – pada . mak long bukan nya nak tambahkan lagi luka di hati kamu . tapi ade baiknya kamu berhenti salahkan diri kamu tu . semua yang berlaku adalah kehendak YANG MAHA ESA . bukan kita yang tentukan segalanya nak . sudah lah tu ..” mendayu – dayu suara mak long anas di cuping telinga Aleisya . Aleisya kini bertekad untuk mencari kembali kemana hilangnya Haikal .  dia menganggap semua yang berlaku adalah salah diri nya sendiri .
“mak long , Eisya masuk bilik dulu ye . kalau ada sesiapa call Eisya . mak long cakap saja yang Eisya tak ada dekat rumah ye , mak long . buat masa sekarang Eisya tak nak ada gangguan .” mak long anas tekun mendengar pesanan itu , baginya apa yang terjadi pada anak saudara kesayangan itu adalah ujian dari ALLAH S.W.T . dia juga tahu yang Aleisya memang tidak mampu harungi semua ini seorang diri .. di sebabkan itu apa pun yang terjadi pada Aleisya , dia akan ada untuk memberi kata – kata semangat pada Aleisya .
“elok lah tu , kamu pergi lah berehat . yang sudah tu sudah . tapi makan pun kamu jangan lupa . mak long nak keluar sekejap . ada benda yang nak di uruskan di kedai runcit mak long tu . jangan lupa kunci pintu ni . bahaya anak dara tinggal sorang - sorang kat rumah ni . mak long pergi dulu , assalamualaikum .” mak long bergegas pergi ke kedai runcit nya untuk menyelesaikan sedikit masalah . manakala Aleisya masih lagi termenung . dia hanya memandang kosong ke luar tingkap untuk melihat mak long nya beredar .

“waalaikummussalam” jawab Aleisya yang baru tersedar dari lamunan nya itu . dia bergegas untuk kunci pintu . tiba – tiba dia terasa seram sejuk apabila mak long nya menyebut tentang   ‘tidak elok anak dara sorang – sorang dekat rumah‘ . minta - minta tak akan ada apa – apa yang terjadi . tiba – tiba hujan turun dengan lebatnya , lantas Aleisya terus memasuki kamar tidurnya. Di situ Aleisya terkenang kembali saat pertemuan pertamanya dengan Haikal .


'JariJemari Menaip Entry , Jangan Lupa LIKE dan FOLLOW =)'

part 1



usah kau percaya pada kata-kata manis kerana ia akan memusnahkan hatimu..
jangan lah kau tertipu dengan pujukan lelaki kerana cinta itu hadir saat kau betul-betul butuh kan teman hidup..
berdoalah agar cinta mu muncul saat kau memerlukan nya...
kerna dengan itu pasti hati mu tidak akan terluka...

kisahnya bermula di sini..namanya puteri maira alisya binti haji harun..rupanya seindah namanya,,hidung mancung bak seludang,,mata nya bulat,kulitnya putih gebu,badannya yang langsing,diri alisya ini persis pelakon korea yang meningkat naik sekarang nih lee min jung pasti ade yang mengenali pelakon korea itu kan ?..kisahnya di sini...alisya adalah anak bongsu dari 3 adik beradik.. hanya dia anak perempuan tunggal dalam family nya itu .. mungkin sebab itu perangai alisya sedikit berbeza berbanding abang - abang nya ..
agak - agak  korang lah kan berapa umur alisya nih erk . al maklumlah , manja mengalahkan budak..hehehe...
untuk pengetahuan korang semua umur alisya baru 18 tahun..sekarang ni dia bekerja part time di kedai runcit haji harun..hehehe iaitu ayah nya sendiri lah..nama penuh ayah alisya ni ialah harun bin ismail...yang haji tuh coz ayah alisya dah g mekah.. tuh jewp..hehehe.. ! walaupun hidup alisya ni tidak senang seperti orang lain..kehidupan dia tetap gempak beb bersama - sama family yang amat menyayanginya ..
alisya selalu  selalu berangan - angan ingin berkahwin dengan putera raja..idaman semua wanita di malaya ini..
padahal dia tahu angan - angan  dia itu tentu tidak akan tercapai..coz angan - angan mat jenin jewp kan ..tapi ape salah nya kalau dia ingin menyimpan angan-angan itu kan??
dia selalu berfikir 'alangkah indahnya lau aku tak payah susah-susah nak belajar dan kerja..aku goyang kaki je kat umah..' tapi korang tak kenal lagi haji harun a.k.a ayah alisya tuh..hehe..ayah alisya ni garang gila tau..cuba lah korang bantah lau korang nak kena tamparan berbisa dari haji harun..4 hari 4 malam lah korang masuk icu nya..alisya ni anaknya yang paling degil..haji harun selalu mengamuk . mana tak nya dapat anak perempuan mengalahkan anak lelaki . tapi kan ade satu kelemahan  haji harun nih .. 
walaupun haji harun a.k.a ayah alisya ni garang orangnya tapi dia cukup sayang ngan anak perempuannya..apa je yang alisya nak buat dia tak pernah bantah tapi tu kalau benda yang berfaedah lah.. kalau  tidak haram haji harun nak bagi..di ketuknya kepala alisya tuh ada lah .. adehh..!
sakit hingga menjilat ibu kaki tau tak..nasib baik ada ibu nya yang selalu bantu alisya..korang mesti tertanya-tanya kan sape nama ibu alisya..namanya hajah fatimah binti haji ibrahim..ibu yang paling penyayang di abad ini..hehehe..hajah fatimah a.k.a ibu ni selalu menolong alisya jika ade pertelingkahan berlaku antara alisya dan abang-abang alisya..maklum lah anak perempuan sorang ni je..lau jadi pape kat anak perempuan ni menangis tak bermelodi lah..erk...ape daa....bukan menangis tak bermelodi tapi menangis tak berlagu lah...hahaha apelah aku ni...main redah jewp..
mesti pakar bahasa marah kat aku ni..yela aku dah rosakkan bahasa melayu yang indah bak bulan dan bintang nih.ceh..!.bermadah pula aku ni....korang patut tahu satu lagi perangai alisya nih.. alisya  nih suka sangat berkhayal tau.. huhu.. di kira hobi jugak tuh.. jangan jeles.. hehe :))
lupa lak aku cite sal sape tadi erk??? ha'ah... aku dah ingat,,sal hajah fatimah a.k.a. ibu alisya.. ibu alisya ni pantang tengok alisya kena marah die tentu akan menolong alisya..pernah suatu ketika dulu,,haji harun memarahi alisya sebab nya alisya ponteng kelas..tak tahu lah macam mana alisya boleh terkantoi ngan guru disiplin kat sekolah..alamaknya,,makan rotan lah wahai tapak kaki alisya yang putih melepak tu..sakit siot...lepas je balik umah haji harun pulak yang nak rotan alisya..hajah fatimah pon ape lagi berlari-lari nak lindung si alisya tuh..masa tu baru alisya sedar yang alisya  tak sepatutnya melakukan hal yang demikian..dia kesian tengok keadaan ibunya yang melutut-lutut kat ayahnya supaya tak pukul dirinya..ketika itu jugaklah alisya  menitiskan airmata,alisya tak sanggup tengok ibu melutut camtu sekali hanya kerna nak lindung drinya..masa tuh alisya masih mentah lagi..almaklum lah masa tuh alisya baru form 2..budak baru nak meningkat dewasa memang lah nakal kan..tapi korang jangan pandang alisya tak ada mata tau..senakal-nakal alisya,, dia memang semulajadi bijak tau..memang lah tidak di nafikan abang-abang alisya lebih hebat dari dirinya..tapi alisya ini juga dikira dalam kategori yang terhebat jugak lah..dia kan budak nakal..hehe..
selain tu, ade jugak beberapa kesalahan yang alisya lakukan lagi,,contohnya alisya nih memang kutu rayau mana tak nya suka sangat keluar malam..haji harun ape lagi mengamuk-ngamuk lah..sebanarnya alisya bukan keluar dengan mamat motor atau manusia- manusia pemusnah alam nih .dia hanya keluar dengan kawan perempuannya saja . kawan alisya nih anak tauke kedai makan . so diorang selalu lepak kat gerai tuh ..tapi korang jangan main teka je tau..setiap pergerakkan alisya diperhati oleh haji harun. tak kira baik atau buruk alisya tetap kena marah kat haji harun . kata haji harun . perempuan tak elok keluar malam ..memang alisya di marah teruk - teruk tapi kali ni bukan lagi hajah fatimah yang lindung dia..tapi ada orang lain . ibu nya tidak mampu lindunginya disebab ibunya terpaksa balik ke rumah neneknya di kelantan.. nenek alisya kurang sihat .mungkin keadaan cuaca yang berubah - ubah... korang nak tahu tak sape yang lindung alisya??jeng..jeng...jeng..abang ngah dia lah..abang yang paling rapat ngan alisya dan yang paling memahami alisya..diorang selalu gaduh-gaduh..tumbuk -menumbuk ni perkara biasa je bagi diorang.korang jangan salah faham pula bukan sakit pun..tumbuk-tumbuk manja je..
sekarang ni kita masuk bab tentang angah alisya nih .. nama penuh abang alisya ni muhamad alif daniel bin adam..memang ensem gila lah..hehe bukan aku nak puji abang alisya tau tapi dah memang kenyataan nya..abang alisya yang ni memang ramai yang tergilakan nya..lau korang nak bukti time sekolah menengah dulu alisya nih selalu kena buli ngan budak-budak pompuan..bukan tuh jewp alisya nih jugak di jadikan manager pilih jodoh..sampai alisya ni di jadikan mangsa sebagai pusat perantaraan percintaan gitu...alisya ape lagi ase bengang betul lah bila ade perempuan-perempuan yang nak ngorat abang dia ni..tiba - tiba dia ase lain .nak kata cemburu, tak kot , mungkin alisya ase rimas..yela..time diorang nak balik sekolah ada saja minah-minah motor ni nak balik sama ngan abang alisya..bila alisya nak peluk abg ngah nya diorg mesti jeling-jeling kat alisya.. 'npe nak jeling?? tu kan abang aku..lantak lah aku nak peluk ke, nak cium ke..tu aku punya suka lah..minah-minah yang pelik.. ' kata alisya dalam hatinya .
daniel ni pun satu hal jugak..layan je,asalkan yang tegur tu perempuan..alisyasendiri tak faham ngan perangai abangnya itu . untuk pengetahuan korang semua umur daniel adalah 20 tahun..3 tahun tua dari alisya..sekarang ni daniel tengah menuntut ilmu kat uitm shah alam,,kos ape?? electrical engineering .. sememangnya daniel nih seorang yang hebat . mesti ada yang tertanya - tanya kan kenapa daniel nih tidak di bin kan dengan nama haji harun .. kata hajah fatimah , daniel ini hanya lah anak angkat mereka sahaja..daniel di ambil di rumah anak yatim yayasan kebajikan keramat makmur mentakab, pahang . ketika itu haji harun bekerja di sana ..tapi walau bagaimana pun alisya tidak pernah rasa terasing dengan abangnya itu alisya tetap anggap abang ngah itu sebagai abang kandung nya sendiri..mana tidaknya,,alisya ni terlalu rapat ngan abang nya itu sejak dari kecil lagi...korang mesti tertanya-tanya kan nape aq tak cite sal abang long alisya..?? sebenarnya alisya tak rapat sangat ngan abang longnya..sebab nya die tak pernah tinggal di umah hajah fatimah..masa alongnya sekolah dulu dia tinggal di asrama..pastu time cuti pula die tinggal di rumah mak angkat nye..so tak ada masa lah untuk alisya nak rapat-rapat ngan alongnya itu ..kalau jumpa pun setahun sekali je..sekarang ni alongnya belajar kat luar negara...kata alongnya lau alisya perlu kan apa - apa saje just call dia..tapi alisya nih jenis yang  pemalu sikit ..baginya macam mana dia nak call alongnya sedangkan hubungan dia dengan alongnya tidak begitu baik.
alongnya ada jugak antar emel pada alisya,,katanya dia amat merindui alisya dan family yang lain..alisya pulak buat muka blurr pastuh reply biasa-biasa je..alisya sebenarnya tak tahu nak reply ape..dia betul - betul segan lah.. bukan bohong ! serius alisya segan ..
nama penuh abang long alisya ni muhamad alif idham bin haji harun...umur 23 tahun..mempunyai body yang berotot . idaman wanita zaman sekarang . tidak putih dan tidak gelap . mungkin hanya kuning langsat ...tapi memang tidak boleh lawan dengan daniel lah..daniel lagi kacak..lau korang nak tahu camne rupa daniel nih , korang tengok artis korea yang nama jung il woo..sebijik muka daniel sama dengan pelakon itu..dan satu lagi kalau nak tengok muka alif pula aku cadangkan korang tengok artis korea namanya lee min ho..memang copy paste terus lah..alisya yang jadi adik mereka ni ape lagi memang bangga gila lah..ape tak nye orang asyik puji-puji je bang - abang alisya nih kacak .mungkin keturunan haji harun kot . ..tidak ketinggalan jugak alisya pun tergolong dalam senarai wanita tercantik jugak tau.. mereka adik beradik memang amat berbeza . perwatakkan ynag berbeza . semua adalah berbeza . 


'JariJemari Menaip Entry , Jangan Lupa LIKE dan FOLLOW =)'

TENTANG SAYA ---> LAIKHA EISYA


eika terangkan secara ringkas tentang peribadi eika oke :)

~♥ just call me ieyka (=
~♥ sweet eight-teen
~♥ SPM candidates 2011 .
~♥ padang siam,tanah merah,Kelantan .
~♥ in relationship wif abdul basit ^_^ .

NOW , EIKA CTERR SIKIT SAL PERIBADI EIKA DAN PERANGAI EIKA OKE !

♥ieka nih simple jewp.
ieka xcantik tapi cute lha jugak..hehehehe . .
 ieka suke sangat baca novel , suka bergambar
 | kiranya cam hobi lha jugak | . .
 hehehe..ske pada kanak-2  . .
 ieka paling ske warna hijau n merah..
nak tahu nape ? coz bagi ieka warna hijau nih penuh dengan keindahan alam dan ase nyaman sangat . .
 warna hijau buat hati ieka jadi tenang . . 
ieka  ske berkawan . .
 lau ramai lagilah ieka suka . . 
xpe an asalkan bahagia jewp . . kan-3..ahak. =))
tak lupa jugak ieka nih jenis yang 
^^ suke senyum (: , sebab senyum itukan satu sedekah ^^ .
senyum tak perlu kata pape-2
budak sweet ieka nih lahir pada 08 janUari 1994. zodiac CAPRICON ~ 
:: suke menangis bile hatI trlampau saket and pedih  T_T
:: suke baca novel bile borink and ade masa lapang . ;))
:: suke facebooking and blogging ~
:: suke shopping ,
:: suke menyusik kawankawans ~
ahakkk hobi tuh , :D
:: eika suka menulis cerpen or pape seangkatan dengan nya .. HOPE SOKONG KARYA YUNX EIKA BUAT OKE . SAYUNK KORANG KETATKETAT <3





'JariJemari Menaip Entry , Jangan Lupa LIKE dan FOLLOW =)'


Pink Moustache