BAB 2

2 tahun yang lalu
Hujan renyai – renyai , Aleisya masih lagi dengan baju kurung cotton nya yang basah itu . dek terkena air hujan tudung nya juga turut basah kuyup . Aleisya berkira – kira untuk beredar dari situ . tapi malang tidak berbau . ade sekumpulan mamat motor menghalang laluan Aleisya . Aleisya apa lagi, mengamuk sakan lah dia . ‘ apa ke hal mamat nih ? tiba – tiba halang laluan aku, nak kata aku ada hutang tak ada . menyemak betul lah . ‘ terkumat – kamit mulut Aleisya menahan marah .
Salah seorang mamat motor itu berbicara “hai cik adik ! amboi seksi nya .nak kemana ni . meh abang hantar kan .” yang lain – lain hanya ketawa riang. ‘ macam tu pun kelakar ke ? ape yang seksi sangat nih . ‘ Aleisya terus tunduk ke bawah . mata nya tiba – tiba saja terbuka luas .lagaknya sama macam ternampak hantu . nafas nya turun naik , Aleisya sudah tidak betah untuk berdiri di situ lagi . yang ada di benaknya sekarang ini hanya lah lari . lari untuk menyelamatkan diri . belum sempat Aleisya ingin meneruskan niat nya , salah seorang mamat motor itu sudah pun memegang tangannya, menarik kasar lengan baju kurungnya itu. Maka terkoyak lah baju Aleisya , terserlah keputihan kulit Aleisya,hal itu menyebabkan nafsu lelaki itu makin kuat .Aleisya tergamam , tanpa berfikir panjang Aleisya menggunakan kesemua tenaganya untuk melarikan diri . dia tidak lagi toleh kebelakang yang dia buat hanyalah lari selaju mungkin. Tiba – tiba Aleisya rasa diri nya bagai di awang – awangan . Aleisya jatuh tersungkur di hadapan sebuah kereta mewah . kepala nya terasa berpinar – pinar . matanya pula makin kabur. ‘ape yang terjadi ni , aku tak mahu mati lagi . aku perlu mencari mak long . mak saudara yang sudi menjaga ku selama ni . mak long tolong Eisya .’ Makhluk di dalam kereta mewah itu terkejut `monkey` apabila dia terlihat satu kelibat yang melanggar babynya itu ..
“Sapa pula yang melanggar baby aku ni ? ni buat aku marah besar ni .” ngomel Haikal sendirian . baginya kereta itu adalah buah hati pengarang jantungnya . tidak pernah di sentuh ini kan pula di langgar begitu sekali . “ kurang ajar ! pehal minah ni tidur dekat sini .? macam tak ada tempat lain yang kau boleh tidur . oiiii minah! Yang kau pergi langgar baby aku ni apehal ? kau tak ada otak erkk . ? bangun lah oii. Jangan buat – buat tidur pula. Aku tahu kau yang langgar baby aku tadi . oii ! aku cakap ni.. jawab lah perempuan .” Haikal kehairanan kenapa perempuan di depan nya masih tidak bergerak . sudah mati kah dia . soalan itu yang tertanya – tanya di benak Haikal . tiba – tiba Haikal terpandang sejenis cecair . “apa benda pula ni ?” Haikal menyentuh cecair tersebut , tidak sewenang – wenangnya dengan pantas Haikal mengangkat perempuan itu dan memasukkan nya kedalam babynya itu . ‘ tak boleh jadi ni . macam mana perempuan ni boleh berdarah . rasanya tidak lah teruk dia melanggar baby aku tadi . arghhhh !! macam mana ni. Sabar Kal , sabar .. sekarang nih kau kena bawa budak ni balik rumah kau dulu . biar along yang check dia .’ tangan Haikal menggigil ketakutan , kejadian ini tidak pernah berlaku selama dia memandu. Kalau lah pihak polis tahu mengenai hal ini sudah pasti lesen memandunya akan di gantung, macam mana dia nak teruskan hidup tanpa babynya yang tersayang .
“ mama ,, ooo mama” Haikal melaung nama mama nya sekuat hati . Haikal terkedu tanpa kata apabila dia melihat perempuan itu bangun sendirian . “ oii perempuan , kau nak pergi mana ni? tunggu dulu . kau cedera ni .nak mampus kalau polis Nampak .nanti dia tangkap aku .” jerit Haikal. Aleisya yang terdengar suara itu terus menoleh kebelakang . kerana tindakkan drastiknya itu Aleisya hampir – hampir jatuh , nasib baik lah Haikal sempat menyambutnya . mereka saling berpandangan bagai ada arus yang mengalir dalam diri masing – masing .keadaan itu berterusan dalam 1 minit.masing – masing tergamam . tiba – tiba Aleisya pengsan tidak sedarkan diri lagi ..
“mama , tolong Kal mama” .. laung Haikal lagi . dia mengangkat Aleisya dan membaringkannya  di atas sofa . setelah puas Haikal memanggil mamanya , mamanya muncul membawa segelas air pada Haikal . mama nya terkejut sampaikan gelas di tangan nya jatuh berderai .“masyaallah ! apa kena dengan kamu ni Haikal ? anak sapa pula yang kamu bawa ni ? YA ALLAH berdarah ni Haikal .. kamu langgar dia ke ? mama nak sekarang ni kamu call along . call sekarang ..” mama nya segera memberi arahan . tapi Haikal masih lagi tidak berganjak . dia hanya berdiri dan menatap wajah Aleisya . terdetik juga di hatinya ‘ lawa juga perempuan ni ‘
“Haikal ! kamu dengar tak apa yang mama cakap ni. ? pergi call abang kamu sekarang . suruh dia balik. Urgent ni.. apa kamu ni . time macam ni boleh pula nak berkhayal . cepat lah . kesian budak ni . elok – elok sikit je . kan teruk plak . lekas lah .” Haikal berlari – lari anak untuk menelefon abang nya . selesai saja call abangnya. Haikal bergegas pula ke dapur, atas arahan mamanya . “Kal cari apa ni ? kalau nak pape minta aja dengan makcik” kata pembantu rumahnya itu. Di rumah, Haikal membiasakan dirinya dengan nama Kal saja . tapi bila mama nya geram dengan Haikal . di sebut juga dengan nama Haikal . “ Kal cari baldi ni makcik .”terang Haikal .. “baldi ?? nak buat ape dengan baldi ni Kal?” Tanya pembantu rumah tersebut . “ tadi ,ade perempuan langgar baby Kal..lepas tu perempuan tu pengsan . so mama suruh Kal ambil air . nak cuci luka perempuan tu .” terang Haikal .. semua orang di dalam vila itu sudah sedia maklum bahawa baby yang di maksudkan oleh Haikal itu adalah kereta sport aston martinnya itu.tiba – tiba saja pembantunya kehairanan . ‘nak buat apa dengan baldi . aishh! Budak ni tak boleh di biarkan.lama – lama botak kepala aku .’ pembantunya terus mengambil mangkuk yang sederhana saiznya dan di isi air . . tidak lama lepas itu di hulurnya pada Haikal . “makcik nape bagi benda ni? Kal nak baldi lah .” bantah Haikal lagi . “ Kal sayang , mama Kal minta air bukannya banyak . yang Kal nak bagi satu baldi tu buat apa . cukup lah satu mangkuk ni saja .dah pergi depan . bawa air ni pada mama Haikal” bila datang bendul si Haikal ni susah juga.Haikal hanya menuruti kata pembantu rumahnya itu . bagi Haikal pembantu rumahnya itu sudah sebahagian dari keluarga mereka. Makan sama – sama , pembantu rumahnya itu tidak di layan seperti orang gaji . tapi di layan seperti seorang ibu . “mama , mama , nah! Ni airnya .” mama nya bertindak sepantas kilat, mama nya menanggalkan tudung Aleisya dan digantikannya dengan tuala di atas kepala Aleisya.
“kamu dah call along ke ? dari tadi lagi kenapa tak sampai – sampai lagi ni ?” bebel mama Haikal.. “kejap lagi sampai lah tu mama. Mungkin along sibuk lah tu..” mama Haikal menjeling tajam ke arah Haikal.memandang bagai nak di telan hidup – hidup . “mama kenapa pandang Kal macam tu? Bukan Kal yang salah , minah ni yang tiba – tiba langgar baby Kal..” Haikal masih lagi nak pertahankan dirinya . “jangan nak salahkan orang , ni mesti kamu drive laju kan ? kalau tidak tentu takkan langgar budak ni. Kamu nak mama report kat papa ke ? dan satu lagi . tak logik kan yang budak nih langgar baby kamu tu. Mesti lah kamu yang langgar dia.” Haikal hanya membatu , bukan tidak mampu untuk menjawabnya tapi malas untuk bergaduh dengan mamanya.
Kedengaran enjin kereta di luar rumah .Haikal bergegas membuka pintu . belum sempat abangnya membuang kasut , Haikal terlebih dahulu membuang kasut abangnya. “ kenapa dengan kamu ni Kal ?” tanpa jawapan Haikal menarik tangan abangnya . “ astafirulllahhalaazim. Apa dah jadi ni ? kenapa ni ?” alongnya kebingungan .tanpa membuang masa alongnya merawat luka di kepala Aleisya itu .
“cerita kat along sekarang , apa yang berlaku ni ? kamu nak polis tangkap kamu ke ?” marah along Haikal padanya . “ bukannya Kal langgar dia . dia yang langgar Kal. Ape along ni main tuduh – tuduh pula. Bukannya Kal ni tak ada otak nak langgar orang . perempuan ni tiba – tiba je melintas depan baby Kal tu . tu nasib baik sikit je.” Hati Haikal tiba – tiba menjadi panas apabila semua ahli keluarganya menuduh dia yang melanggar Aleisya.Sedangkan Aleisya lah yang melanggarnya.
“sudah – sudah, ada baiknya . kamu Haikal pergi naik atas mandi lepas tu turun makan . kamu pun adam . pergi mandi lepas tu turun makan . lepas papa kamu balik nanti baru kita bincang pasal ni . buat masa sekarang tak payah nak bincang lagi .pergi ..” mama mereka segera meleraikan keadaan yang tegang itu . bagi mamanya tidak elok bergaduh begitu walaupun bukan salah anak nya. Mamanya sudah nekad bila saja budak perempuan itu sedar dia akan memohon maaf , dan meminta budak itu menceritakan keadaan sebenar . kerana dia amat – amat yakin yang Haikal takkan langgar orang sesuka hati . tambah – tambah pula dengan baby kesayangan itu . walaupun Haikal anak bongsu, mama dan papanya tidak pernah memanjakan nya. Apetah lagi mengikut semua kehendaknya. Sudah di paksa berpuluh – puluh kali supaya Haikal mengambil alih syarikat papanya itu . tapi ada saja jawapan yang keluar dari mulut Haikal .katanya dia masih belum sedia nak pikul tanggungjawab sebagai ketua. Sedangkan dirnya sendiri dia tak boleh nak disiplinkan . ni kan pula orang lain. Lagilah teruk jadinya. Bila di fikir balik, ada juga logiknya itu. Haikal bukannya tidak pandai dalam menguruskan syarikat , Cuma baginya dia masih terlalu muda. Dia ingin kan kebebasan . bila tua nanti dia pikul lah tanggungjawab tu . 

'JariJemari Menaip Entry , Jangan Lupa LIKE dan FOLLOW =)'

Comments
1 Comments

1 CoreTan kaTa !:


Pink Moustache